Kepalaku semakin kuat berdenyut.. aku rasa macam nak demam.. tetapi aku banyak `plan' hari ini dengan kakak iparku sekeluarga.. maklumlah kakak iparku dari KL, bukan selalu kami dapat bersama..
Kakak Iparku membantuku masak mee goreng pagi ini.. memandangkan kami hendak keluar beraya ke rumah saudara-saudara kami di Melaka, cukuplah makan mee goreng sbg alas perut.. budak2 pun tak kisah nampaknya...
Kami sekeluarga beserta kakak iparku bercadang ke rumah Abg Seman, di Kampung Tok Sidang... lama tak jenguk dia dan keluarganya.. namun setelah beberapa kali mencari lorong, kami sesat...lalu kami mengambil keputusan ke rumah Abg Bakar John (isterinya org putih) di Spring Garden, Lereh.
Setiba di sana, kami disambut dgn baik dan ramah sekali.. sebab kami dah lama tidak berjumpa.. maklumlah dengan alasan sibuk.. lagipun mereka sdg mengemas rumah bagi menyambut orang baru bulan depan.. anak ketiganya akan bernikah! alhamdulillah... lalu puteranya itu kami minta supaya membaca kad undangan tersebut kuat-kuat.. termalu-malu dia membacanya... hihii.. walau apapun, keluarga ini sangat berjaya dan bahagia nampaknya.. alhamdulillah..
Semasa kami berbual, isteri Abg Bakar John datang bersama satu hidangan...
Kami memandang antara satu sama lain.. tersenyum.. sebab kami dihidangkan dgn mee goreng.. memandangkan sudah tengahari anak2 mulai lapar kembali.. jadi mereka makan lagi mee goreng di situ.. aku terfikir ttg restoran melayu yg masih tutup di musim perayaan ini...
Walau apapun aku bangga isteri Abg Bakar lebih melayu dari perempuan melayu.. krn dia sentiasa berbaju kurung dan jarang kulihat berseluar panjang sekalipun. Malah dia sentiasa bertudung.
Selesai makan dan berbual panjang kami mohon berundur diri kerana berhasrat mencari rumah Abg Seman sampai jumpa, alang-alang sudah sampai ke situ. Abg Bakar John merupakan kawan baik Abg Seman, jadi melaluinya kami mendapat maklumat jalan ke rumah Abg Seman.
Kami melalui lorong Soo Ah Chan, nama jalan tak seperti kampungnya.. di situ perkampungan melayu.. rumah Abg Seman kami temui dan suasananya sangat indah krn betul-betul di tengah sawah dan kerja-kerja membanting padi sedang dijalankan menggunakan mesin.
Kami dijamu jagung rebus dan kuih muih yang sedap-sedap dibuat oleh anak gadisnya. Suasana sangat nyaman krn angin bertiup kuat, hampir tertidur aku dibuatnya.. lagipun aku rasa semakin tidak sihat..
Setelah agak lama di situ, kami memohon mengundurkan diri. Rumah seterusnya adalah rumah Kak Sapi.. dia tinggal di Limbongan Permai.. townhouse.. berdua dgn anak perempuannya dan sesekali anak lelakinya yg bekerja di Putrajaya pulang menjenguknya.
Kak Sapi memang terkenal pandai membuat biskut atau kek buah yang dikukus.. yang aku tahu kek buah perlu dikukus berjam-jam lamanya.. memang sedap..
Kakak Iparku mengambil inisiatifnya sendiri ke dapur mengambil nasi dan lauk yang ada untuk diberi kepada anaknya yang sudah lapar.. disuapnya juga ke mulut anakku yang kedua.. setelah beberapa lama di situ, kami pun memohon diri. Semasa bersalaman dengan Kak Sapi, aku hampir pitam.. mujurlah bukan berdekatan dengan tangga rumahnya.. namun hari raya ini perlu diteruskan..
Seterusnya kami ke rumah Abg Isa, di Taman Baiduri, Bachang... seorang yang berjaya dalam perniagaannya.. kami dihidangkan dengan mee goreng bercampur kue teow. aku tak mampu lagi nak makan mee goreng yang dihidang.. Abg Isa keluar sebentar untuk membeli sate, lalu aku minta tolong supaya dibelikan panadol.. aku semakin lemah dgn serangan demam ini..sesekali aku baringkan kepala ke kusyen.. segan nak berbaring..
Setelah berbual panjang serta berbincang hal-hal keluarga, kami minta izin untuk pulang.. kerana terdapat sebuah rumah lagi iaitu MakCik Napsiah.. dia di kampung Bachang bersebelahan Taman Baiduri.. aku harap dia tidak akan masak mee goreng lagi sebab semasa aku ke rumahnya pada hujung minggu lepas dia telah hidangkan mee goreng untuk kami sekeluarga.. masakannya memang sedap dan menyelerakan..
Sampai di rumahnya, dia segera ke dapur untuk memasak.. kalau rumah orang lain aku teragak-agak dan malu-malu, tapi di rumah ini tidak sama sekali.. keadaanku yang meruncing lemah kerana demam ini menyebabkan aku terus mengambil bantal dan rebahkan badan dan alhamdulillah.. terlelap juga..
Pabila tersedar, aku segera mengambil air sembahyang..
Hidangan mee goreng sudah tersedia.. bukan sepinggan besar, bukan 2 pinggan besar dan bukan 3 pinggan besar... sebaliknya 4 pinggan besar! maka sepinggan besar mee goreng beserta dengan pinggannya sekali telah dibungkus oleh Mak Cik ke dalam plastik untukku bawa pulang ke rumah... mengucap panjang aku dibuatnya..
Terkenang-kenang aku kepada mee goreng di rumah yang digoreng oleh kakak Iparku siang tadi yang masih ada di bawah tudung saji.
Balik saja ke rumah, kami bekerjasama siapkan makan malam.. makan nasi juga puas.. walau hidangannya ala kadar sahaja..
Itulah kisah sehari berhari raya di hari Malaysia 16hb September 2010 (Khamis) bersama Mee Goreng 1Malaysia..
Bahan-bahan ( 5 org makan )
- 600g mee kuning
- 2 ekor sotong
- 6 ekor udang basah
- 3 pokok sawi
- 1 sb pes lada kering
- 2 sb minyak masak
- 1/2 sb sos tiram
- 4 sb sos tomato
- 1/2 sb kicap pekat
- 3 cawan air panas
- 3 ulas bawang putih
- garam, gula
- ** lada jeruk **
- cuka
- gula & garam
- lada besar hijau
Cara-cara
- Panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan pes lada tumis sekejap. Masuk sotong & udang gaulkan sebati.
- Masuk sos tomato,sos tiram,kicap pekat,gula,garam. Kacau biar sekata. Masuk air panas dan biar menggelegak. Rasa cukup semua bahan perasa. Adjust ikut selera anda.
- Masukkan mee kuning & gaul sebati. Masukkan pula sawi (daun shj), kalau nmpak air mcm dah kering atau tak cukup basah blh tambah lagi air panas.Kecilkan api & biar selama 4minit. Kemudian gaul2 sekejap,bila semua perasa dah meresap dalam mee, tutupkan api. Masukkan taugeh dan gaul sekata.Dalam gambar xda taugeh...stok taugeh takda kat umh...
- Alihkan mee kuning dari kuali, jgn biarkan dlm kuali, air mee akan kering. Makan panas2 bersama lada jeruk,taburkan dgn daun bawang & bawang goreng.
- Lada jeruk : Potong lada menyerong. Dalam mangkuk masukkan lada. Masukkan juga cuka hingga menutupi lada. Masukkan garam & gula. Rasa ok ke tak...adjust ikut selera anda. Lada jeruk nih buat banyak pun takpa sbb boleh simpan dalam peti sejuk.
No comments:
Post a Comment